• Oktober 27, 2022
  • 3529

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih & Sistem Aset Alih (S2A)

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih & Sistem Aset Alih (S2A)

KOTA KINABALU, 26 OKT – Cawangan Akaun telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih & Sistem Aset Alih (S2A) yang dilaksanakan di Dewan Mini, Aras 3, Blok C, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Sistem Aset Alih (S2A) merupakan sistem yang dibangunkan dan diperkenalkan bagi memudahkan setiap Kementerian / Jabatan / Pejabat Daerah mentadbir, mengurus dan memantau aset alih yang ditempatkan di organisasi masing – masing secara dalam talian bermula dari proses penerimaan sehingga proses pelupusan aset.

Sistem ini adalah sistem penting dalam pengurusan aset Kerajaan Negeri Sabah yang akan membolehkan data dan maklumat bagi seluruh aset alih milik kerajaan dikumpul dan diurus dalam satu pangkalan data.