• November 3, 2022
  • 3272

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak

KUNAK, 29 OKT – JKR Kunak telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah bertempat di Masjid Nurul Iman, Kunak dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ yang juga merupakan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusoff yang dianjurkan oleh JHEAINS dan Urusetia Pejabat Daerah Kunak.

“Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik”, kata Awang Mohd Yusoff, dalam ucapan perasmian beliau.

Antara acara yang diadakan adalah persembahan Qasidah, Ceramah Khas , Persembahan Nasyid, Marhaban dan Pertandingan Sepanduk Kategori Kampung dan Jabatan serta acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW.

Seramai 12 orang kakitangan JKR Kunak yang diketuai oleh Ketua Unit Penyenggaraan Jalan Raya, Mohd Ryansyah Suriansyah ,bersama kakitangan, Norlina Kiwal[ (UPPJ), Sabturani Sawab, Elpis Paliuddin, Rozie Luyo (Unit PJR), Abedin Abra, Sitti Rahmatiah Jamaluddin (Unit Bangunan), Mohd Noor Fikri Rosley (Unit Mekanikal), Norsiati Ahmada, Nurhamizahwaty Kassim, Masrany Masdur (Stor), Rafidah Sahran (Pentadbiran) dan Mardiah Mohamed (Akaun) menghadiri majlis tersebut.

Majlis itu berakhir pada pukul 11.00 pagi dengan iringan selawat beramai ramai dan agihan Bunga Telur serta sesi bergambar sebagai penutup.