• November 3, 2022
  • 3666

Suai Kenal & Taklimat Bagi Pegawai Lantikan Baharu J19, J29 & J41 Siri 2/2022

Suai Kenal & Taklimat Bagi Pegawai Lantikan Baharu J19, J29 & J41 Siri 2/2022

KOTA KINABALU, 3 NOV – Seramai 175 kakitangan pegawai lantikan baharu mengangkat Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah yang dilaksanakan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat JKR Sabah, hari ini.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Tuan Hj Kamaludin bin Ag. Abas memberikan ucapan ringkas sebelum merasmikan program pada pagi itu.

Taklimat Tatatertib telah disampaikan oleh Puan Alan Medin pada awal program dan diteruskan dengan Taklimat Kemudahan oleh Puan Annelly John dan Taklimat Perkhidmatan yang disampaikan oleh Tuan Muhammad Fuad Hassan.

Program itu diteruskan pada sebelah petang dengan penyampaian Taklimat Etika & Imej Berpakaian Penjawat Awam (Dalam Mengarusperdanakan Gender) oleh Puan Rosedah Said.