• Mei 25, 2023
  • 1307

Pemeriksaan Struktur Bangunan Sekolah Di Daerah Semporna

Pemeriksaan Struktur Bangunan Sekolah Di Daerah Semporna

SEMPORNA, 22 MEI – Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur (CKAS) dari Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah telah melaksanakan pemeriksaan terhadap kerosakan struktur bangunan di tiga (3) buah sekolah di daerah Semporna.

Pemeriksaan ini dijalankan selama tiga (2) hari dari 22 hingga 23 Mei 2023 di SK Datuk Panglima Abdullah, SK Pekan Semporna II dan SMK Bugaya.
Pasukan dari CKAS yang terlibat dalam pemeriksaan ini ialah Jurutera, Mohd Adhan Izmi bin Roslan dan S. Muhammad Adli bin Hashim. Turut hadir ialah pegawai CKAS, Mohd QBukhari bin Mohd Yunus, Mohd Nazrensah bin Mohd Khusahiree, Sugang Tumiran, Junaidi bin Abdul Rahman dan Anizanshah bin Yampatui.
Pasukan dari JKR Semporna yang turut serta dalam pemeriksaan ini ialah Penolong Jurutera, Sitti Khalizah dan Adzia Dzulkarnain, Saipee serta pelatih latihan industri yang menjalani Latihan Industri di JKR Semporna.