• Mei 31, 2023
  • 1205

Sambutan Pesta Kaamatan JKR Bandaraya

Sambutan Pesta Kaamatan JKR Bandaraya

KOTA KINABALU, 29 MEI – Sekali lagi telah diadakan Pesta Kaamatan bagi tahun 2023 untuk seluruh kakitangan JKR Bandaraya di sekitarnya termasuk Unit Stor, Cawangan Mekanikal, Unit Bangunan, Cawangan Pemeliharaan Jalan dan Unit Perancangan dan Pelaksanaan.

Sambutan Pesta Kaamatan kali ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Philemon Lajawai. Dalam majlis tersebut, beliau berkata, semangat muhibbah dan perpaduan hendaklah sentiasa disemai dan dipupuk di samping mengekalkan rasa hormat menghormati di kalangan rakyat yang merangkumi pelbagai kaum.

Turut hadir, Andrew Durat, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan dan Band Sabin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.

Pesta Kaamatan kali ini dimeriahkan dengan pertandingan Sugandoi, Mapulos, buka kulit padi dan pertandingan masakan Pinasakan (Ampap).

Gimik perasmian Pesta Kaamatan JKR Bandaraya disempurnakan oleh Philemon Lajawai dengan memasukkan padi ke dalam ‘Wakid’.