• Jun 28, 2023
  • 861

Majlis Apresiasi & Majlis Jasamu Dikenang JKR Semporna

Majlis Apresiasi & Majlis Jasamu Dikenang JKR Semporna

SEMPORNA, 22 JUN – JKR Semporna telah meraikan dan memberikan penghargaan buat kakitangan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Majlis Apresiasi & Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Hj. Ibnu Wahid bin Hodjari yang telah bersara pada 28 Mei 2023 yang lalu. Beliau telah berkhidmat di JKR Sabah selama 37 tahun. Turut diraikan seramai enam (6) orang Pelatih Industri yang menjalani Latihan Industri di JKR Semporna.
Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan perasmian beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan oleh Mohd Fellani serta seluruh warga kerja JKR Semporna diatas penganjuran majlis tersebut.
Ucapan tahniah juga disampaikan kepada semua penerima anugerah dan berharap agar dapat mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.