• Jun 28, 2023
  • 945

Bengkel Cawangan Senggara Bangunan Siri 1 / 2023

Bengkel Cawangan Senggara Bangunan Siri 1 / 2023

RANAU, 22 JUN – Cawangan Senggara Bangunan telah mengadakan Bengkel Cawangan Senggara Bangunan Siri 1/2023 yang telah dilaksanakan di JKR Ranau. Bengkel ini melibatkan penyertaan daripada JKR Kota Belud, JKR Ranau dan JKR Tuaran.

Bengkel ini disempurnakan oleh Jurutera Daerah Ranau, Ir. Alvonna @ Farhanah Jammy selaku tuan rumah. Dalam bengkel tersebut, Sr. Jumatli Abd. Hamid, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan mengetuai program tersebut dengan membentangkan penggunaan Sistem Online Airtable dan Portal Senggara Bangunan.