• Jun 30, 2023
  • 1462

Lawatan Ke Tapak Cadangan Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B (WP11-WP14, WP16-WP20, WP31-35)

Lawatan Ke Tapak Cadangan Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B (WP11-WP14, WP16-WP20, WP31-35)

20 – 22 JUN – Delegasi Kementerian Kerja Raya Malaysia telah membuat lawatan selama tiga (3) hari ke Projek Pan Borneo Sabah.

Lokasi projek bermula dari WP16 (Kampung Check Point ke Sungai Kalumpang) dan disusuli dengan WP17 (Sungai Kalumpang ke Madai), WP18 (Madai ke IGN Estate), WP19 (IGN Estate ke Agri Harvest) dan WP20 (Agri Harvest ke Sepagaya).

Pada hari kedua, lawatan projek dimulakan dengan WP31 (Sungai Bauto ke Telupid), diikuti dengan WP32 (Telupid ke Kg Lumou Baru), WP33 (Kg Lumou Baru ke Kampung Toupos), WP34 (Kg Toupos ke Kg Nabutan) dan diakhiri dengan WP35 (Kg Nabutan ke Ranau).

Pada hari ketiga, lawatan itu diteruskan dengan WP11 (Rampayan Laut ke Sarang), WP12 (Sarang ke Temuno), WP13 (Temuno ke Bingolon) dan WP14 (Bingolon ke Simpang Mengayau).

Lawatan kerja ini telah dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Teknikal dan Kawalan Kualiti, Ir. Liaw Vui Phing.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan dan Pemantauan, Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid yang disertai wakil-wakil daripada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, dan beberapa agensi swasta dari syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan cadangan pelaksanaan pakej kerja berkaitan.

Semua program yang telah dirancang berjalan dengan lancar sesuai dengan tentatif program dan telah mencapai objektif lawatan. Diharap agar lawatan ini mampu menyumbang sedikit sebanyak idea dan penyelesaian untuk perkembangan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.