• Julai 5, 2023
  • 1064

Majlis Serah Tugas & Persaraan

Majlis Serah Tugas & Persaraan

KOTA KINABALU, 3 JUL – Nur Izyan Syazwani Julkifli telah menyerahkan Nota Serah Tugas kepada James Thomas yang ditukarkan ke JKR Bandaraya.

Jurutera Bahagian, Mohd Hardy Laidin mengalu-alukan kehadiran James Thomas serta menyatakan perpindahan Nur Izyan ibarat sebutir mutiara yang amat berharga namun demi tuntutan tugas terpaksa direlakan untuk berkhidmat di Cawangan Senggara Bangunan, Ibu Pejabat JKR.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan adalah salah seorang kakitangan JKR Bandaraya yang akan bersara, iaitu Saharin Latip.