• Ogos 3, 2023
  • 1035

Majlis Serah Tugas Di Antara Jurutera Daerah Lahad Datu dan Jurutera Daerah Kunak

Majlis Serah Tugas Di Antara Jurutera Daerah Lahad Datu dan Jurutera Daerah Kunak

LAHAD DATU, 02 OGOS – Majlis Penyerahan Tugas di antara Jurutera Daerah Lahad Datu iaitu Mohammad Izam bin Jamal yang berpindah ke JKR Tawau sebagai Jurutera Bahagian dan Jurutera Daerah Kunak, Syed Abdullah bin Syed Abas yang akan berpindah ke JKR Lahad Datu.

Majlis dimulakan dengan mukadimah dari Pengacara Majlis, bacaan doa selamat oleh Mohd Shukor Jiran, ucapan Jurutera Daerah JKR Lahad Datu dan disertai oleh ucapan Jurutera Daerah Lahad Datu yang baharu disusuli oleh ucapan perpisahan oleh Ramlan Maslin.

Jurutera Daerah Kunak yang baharu, Siti Asmah dan wakil dari JKR Semporna dan Tawau, kakitangan JKR Lahad Datu serta wakil-wakil konsesi turut serta dalam majlis itu.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan Ramlan Maslin iaitu Penolong Jurutera Sektor Pan Borneo yang akan berpindah ke Jabatan Air Negeri Sabah.

Penyampaian cenderahati, tayangan montaj, sesi bergambar dan jamuan dilakukan sebelum berakhir majlis.