• Ogos 7, 2023
  • 848

Majlis Serah & Terima Tugas Jurutera Daerah Kunak

Majlis Serah & Terima Tugas Jurutera Daerah Kunak

KUNAK, 3 OGOS – Majlis serah dan terima tugas Jurutera Daerah (JD) di antara Syed Abdullah Syed Abas (mantan JD) yang telah pun dipindahkan ke JKR Lahad Datu dan Puan Siti Asmah Munir, Jurutera Daerah Kunak yang baharu.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Jurutera Bahagian Tawau, Mohammad Izam Jamal dan Jurutera Daerah Semporna, Jude Anthony.

Selain daripada ucapan alu-aluan mantan JD dan JD baharu, penyampaian cenderahati daripada ketua – ketua seksyen, slot tayangan video ucapan daripada kakitangan JKR Kunak dan acara memotong kek oleh kedua-dua JD  serta kejutan sambutan hari lahir bagi mantan Jurutera Daerah Kunak, Syed Abdullah Syed Abas.

“Sekalung budi ,sejambak kasih, bakti disanjung, budi dijunjung, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Syed Abdullah Syed Abas atas jasa dan khidmat bakti sebagai Jurutera Daerah JKR Kunak (04 Januari 2021 hingga 03 Ogos 2023 ), selamat maju jaya serta sukses bersama pasukan yang baharu”, antara ucapan darpada kakitangan JKR Kunak yang sentiasa mengingati jasa dan kebaikan mantan beliau.

Sebagai penutup majlis, beliau juga turut mempersembahkan klip video bertemakan “Sahabat hingga ke Jannah” sebagai pesanan agar dapat memberi manfaat kepada semua.

Sesi bergambar diadakan sebagai momen terakhir yang dicipta bersama di antara kakitangan dan mantan Jurutera Daerah Kunak.