• September 15, 2023
  • 461

Lawatan Pemeriksaan oleh Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti

Lawatan Pemeriksaan oleh Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti

KUDAT, 11 – 14 SEP – Lawatan pemeriksaan oleh Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi tahun ini telah melabuhkan tirai pada Jumaat (14 September 2023) di Bilik Mesyuarat JKR Kudat.

Ulasan penutupan lawatan pemeriksaan disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Mohd Dzulkarnain bin Mohd Jame.

Hadir sama, Jurutera Kerja, Siti Nurmasyittah binti Ag Besar mewakili Jurutera Bahagian Kawasan Utara (Kudat), Jurutera-Jurutera Kerja, Penolong-Penolong Jurutera, serta Ketua-Ketua di setiap unit.

Terdahulu, seramai tujuh orang pegawai dari ibu pejabat telah mengadakan lawatan tersebut yang melibatkan skop pemeriksaan audit dalam merangkumi pengurusan dan sebut harga serta pemeriksaan kualiti projek pembinaan dan pengurusan aset (jalan).