• September 11, 2023
  • 694

Taklimat Teknikal Kerja-Kerja Cold In Place Recycling (CIPR)

Taklimat Teknikal Kerja-Kerja Cold In Place Recycling (CIPR)

KOTA KINABALU, 5 SEP – Taklimat Teknikal Kerja-Kerja Cold In Place Recycling (CIPR) di Jalan Tengah KKIP KM0.409 sehingga KM2.252 RHS Dual Carriageway.

Taklimat itu dilaksanakan di JKR Tuaran dan taklimat teknikal diberikan di tapak, Jalan Tengah KKIP, Tuaran yang dihadiri oleh Jurutera Bahagian Kota Belud, Asnijah Sibin, Jurutera Daerah Tuaran, Farini Awang dan Jurutera Awam Kanan Cawangan Penyenggaraan Jalan, Gary Marcus.

Taklimat pengenalan disampaikan oleh wakil Globinaco Sdn. Bhd, iaitu Peter Matulin selaku Pengurus kawasan konsesi penyelenggaraan di Jalan Tengah KKIP. Taklimat seterusnya disampaikan oleh wakil syarikat Stabilised Pavements (Sabah) Sdn. Bhd Mark Abraham Markos selaku Pengurus Cawangan SPS.

Matlamat taklimat itu adalah untuk memberi info mengenai kebaikan CIPR dalam stabilize roadbase layer dalam pembinaan jalan raya / penyelenggaraan jalan raya yang disasarkan kepada Jurutera Awam, Penolong Jurutera dan kakitangan yang mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Taklimat turut disertai oleh JKR Penampang, JKR Bandaraya, JKR Kota Belud, JKR Ranau, JKR Tuaran dan Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ibu Pejabat JKR.