• Oktober 3, 2023
  • 554

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri

KUNAK, 02 OKT – Siti Asmah Munir, Jurutera Daerah Kunak, telah mengadakan majlis ringkas Penyampaian Sijil Tamat LI kepada pelatih industri bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Kunak.

Mohd Syazwan Moktar (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, UMS), dan Yusriyani Tuah (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, UM) telah menjalani latihan industri di pejabat ini bermula pada 24 Julai 2023.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelatih industri dan saya mengharapkan mereka memberi fokus kepada semua arahan-arahan yang telah diberikan dengan jayanya,” ucapan Jurutera Daerah Kunak. Beliau turut menambah bahawa beliau sentiasa menyokong program LI agar ianya dapat memberi pendedahan awal tugas-tugas dan fungsi JKR kepada pelatih industri.

“Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada puan jurutera daerah kerana sudi menerima kami untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JKR kerana memberikan ilmu yg bermanfaat, pengalaman baru dan memberi peluang untuk kami mengalami sendiri realiti pekerjaan yang sebenar,” demikian ucapan oleh wakil pelatih industri.