• Oktober 3, 2023
  • 490

Sambutan Maulidur Rasul Tertutup JKR Sipitang

Sambutan Maulidur Rasul Tertutup JKR Sipitang

SIPITANG, 29 SEP – Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan secara tertutup di JKR Sipitang. Perarakan bermula dari pejabat JKR Sipitang ke perkarangan rumah Jurutera Daerah Sipitang, Ir. Syahbrina binti Hj Osin.

Antara pengisian program, bacaan Yasin dan tahlil serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan diselitkan dengan ceramah dari penceramah jemputan iaitu Ustaz Ridzuan bin Kaplin bertajuk “Sirah Kelahiran Rasullulah”.

Diadakan penyampaian hadiah bagi sepanduk yang kreatif dalam Pertandingan Sepanduk yang turut disertai oleh setiap unit di JKR Sipitang. Dalam pertandingan itu, Unit Penyelenggaraan Jalan Raya memenangi tempat pertama, diikuti oleh Unit Pentadbiran di tempat kedua. Sementara itu, Unit Mekanikal menjuarai tempat ketiga.