• Disember 20, 2023
  • 283

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak Bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sg. Moyog

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak Bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sg. Moyog

PENAMPANG, 19 DIS – JKR Penampang telah mengendalikan Taklimat Tender dan Lawatan Tapak Bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sg. Moyog, Stesen Perikanan Babagon – Kg. Timpango – Kg. Lotong, Penampang.

Sesi pendaftaran yang telah dimulakan seawal pukul 10.00 pagi telah merekodkan seramai 85 penender telah berdaftar bagi menghadiri taklimat tender tersebut.

Sesi lawatan tapak juga telah diadakan selepas taklimat tender diadakan di Pejabat JKR Penampang.

Jurutera Daerah Penampang, Mohd Fauzi Zikiri yang mempengerusikan taklimat tender tersebut turut serta dalam lawatan tapak yang dihadiri oleh Penolong Jurutera, Puan Marjorie, Tuan Alexander dan pegawai JKR Penampang yang lain.