• Disember 26, 2023
  • 187

Program Gotong Royong JKR Bandaraya

Program Gotong Royong JKR Bandaraya

KOTA KINABALU, 20 DIS – Kakitangan JKR Bandaraya dan kakitangan sekitarnya termasuk Unit Stor, Unit Mekanikal, Unit Bangunan, Unit Pemeliharaan Jalanraya, Unit Akaun dan Unit Pentadbiran telah mengadakan gotong royong di kawasan pejabat dan sekitarnya.

Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan ucapan dari Jurutera Bahagian, Ts. Zulkefli Bin Salip Arjud. Dalam ucapan beliau amat mengharapkan agar aktiviti seperti ini dapat diadakan di JKR Bandaraya sebagai acara tahunan dan mengharapkan agar semangat kerjasama di kalangan kakitangan akan dapat dipupuk selain untuk memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan pejabat.

Sebelum gotong royong bermula, diadakan juga aktiviti senamrobik. Cabutan Tiket Bertuah dan BertukaR-tukar Hadiah turut diadakan di samping meraikan kehadiran 3 orang kakitangan baharu yang ditempatkan di JKR Bandaraya.

Dalam ucapan, Ts. Zulkefli juga mengucapkan selamat bercuti mengingatkan agar sentiasa menjaga diri dan berhati-hatisemasa memandu menuju ke tempat percutian masing-masing. Beliau juga mengucapkan selamat menyambut hari Krismas pada yang meraikannya.