• Disember 26, 2023
  • 236

Pertukaran Penolong Jurutera JKR Kunak

Pertukaran Penolong Jurutera JKR Kunak

KUNAK, 22 DIS – JKR Kunak telah mengadakan majlis ringkas penyampaian cenderakenangan sempena pertukaran Penolong Jurutera, Unit PJR, Mohd Ryansyah Suriansyah ke JKR Sandakan yang telah pun berpindah ke daerah tersebut pada bulan November.

“Selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya. Terima kasih di atas jasa dan khidmat bakti selama bertugas di JKR Kunak,” demikian ucapan Jurutera Daerah Kunak, Siti Asmah Munir.

Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kunak dan sesi bergambar diadakan sebagai penutup majlis dan juga kenang kenangan.