• Mac 18, 2024
  • 119

Mesyuarat Kelab Rekreasi dan Sukan Cawangan Arkitek Bil.1/2024

Mesyuarat Kelab Rekreasi dan Sukan Cawangan Arkitek Bil.1/2024

KOTA KINABALU, 14 MAC – Mesyuarat kelab cawangan kali pertama telah diadakan dan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jeffrey bin Datuk Ismail.

Hadir sama, Penolong Pengarah Cawangan Arkitek, Audrey serta pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Arkitek. Dalam mesyuarat tersebut Ketua Penolong Pengarah Kanan menyarankan agar semua kakitangan cawangan dapat menceburi bidang sukan dan apa juga aktiviti sihat. Dalam mesyuarat pertama kali ini pembentukan ahli jawatankuasa telah dilantik dan keputusan muktamad telah dipersetujui oleh semua ahli.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Arkitek juga menyarankan pegawai-pegawai agar mengambil bahagian dalam pertandingan sukan Semalaysia yang akan diadakan kelak.

Beliau juga berharap agar aktiviti sukan dan rekreasi dalam cawangan dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kakitangan dalam cawangan.