• Mac 18, 2024
  • 207

Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Masjid Ar-Rahman

Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Masjid Ar-Rahman

SEMPORNA, 15 MAC – Jude Anthony, Jurutera Daerah Semporna telah mengetuai lawatan pemeriksaan akhir bagi Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Masjid Ar-Rahman (Reka dan Bina).

Turut hadir dalam lawatan ini adalah wakil dari beberapa agensi-agensi yang berkaitan termasuk jurutera-jurutera dari JKR Tawau, wakil Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Sabah, pihak kontraktor dan pihak perunding.

Lawatan ini bertujuan untuk meneliti kemajuan projek serta memastikan semua aspek pembinaan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum proses penyerahan. Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, Abdul Manap Abd Ruhmi, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Awang Asnawi Jaafar, dan JHEAINS Semporna, turut hadir dalam lawatan ini.