SIPITANG, 31 JUL – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sipitang telah menyertai Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sipitang yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2026 dengan penyertaan aktif dalam beberapa acara pertandingan yang dianjurkan.

JKR Sipitang telah mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid, marhaban dan berzanji serta pertandingan kompang. Penyertaan ini melibatkan seramai 6 orang peserta bagi pertandingan nasyid, 12 orang peserta bagi pertandingan marhaban dan berzanji, serta 14 orang peserta bagi pertandingan kompang, yang kesemuanya terdiri daripada kakitangan JKR Sipitang.


Hasil daripada komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan, pasukan JKR Sipitang berjaya meraih Naib Johan bagi pertandingan Marhaban dan Berzanji serta Naib Johan bagi pertandingan Kompang. Walaupun tidak berjaya memperoleh kedudukan dalam pertandingan Nasyid, pasukan telah memberikan persembahan yang membanggakan serta mempamerkan semangat kesukanan, dedikasi dan kebersamaan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

